Kaki Chatting Chatroom

Sunday, May 8, 2011

3 kali mintak taubat,lepas tu Allah tak terima lagi?


As'salam

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.{HR Al-Tarmizi}

Pernah kita terdengar,sekiranya jika kita buat dosa lalu kita bertaubat,lalu buat lagi dan bertaubat,lalu buat lagi dan bertaubat,dan buat lagi dan bertaubat dan Allah tak terima taubat kita lagi..

Penyataan itu salah sama sekali,bukankah Allah itu Maha Pengasih,Maha penyayang dan Maha Pengampun?

"Seorang telah melakukan satu dosa,lalu dia berkata:Wahai Tuhanku ampunilah dosaku.Lalu Allah Azza Wajalla berfirman:Hambaku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya.-dalam riwayat yang lain ditambah:Aku ampunkan dosanya.Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain,dia berkata:Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah aku.Lalu Allah berfirman:Hambaku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya.-dalam riwayat lain yang ditambah:Aku ampunkan dosanya.Lalu dia melakukan dosa sekali lagi,dia berkata:Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku.Lalu Allah berfirman:Hambaku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya,maka aku ampunkan Hambaku ini,buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau {HR:Al-Bukhari dan Muslim}

Dalam hadis di atas,jika kita buat dosa banyak mana pun lalu kita buat lagi kesalahan tersebut maka Allah akan ampunkan jua..

Sebuah Hadis Kudsi:

Allah berfirman:Wahai anak-anak adam,selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu,Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu,Aku tidak peduli.Wahai anak Adam,jika dosamu sampai ke puncak langit,lalu engkau pohon keampunan dariKu,Aku ampunkan engaku,Aku tidak peduli.Wahai anak-anak Adam,jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi,namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu,nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.{HR Al-Tarmizi}

Subahanallah,betapa Pengasih,Pengampun dan Penyayangnya Allah Azza Wajalla kepada hamba2nya yg mahu bertaubat kepadaNya..


Bila taubat kita tidak diterima?

1)Hampir Nazak atau mahu meninggal dunia
2)Hari Kiamat


Bertuabatlah selagi Nyawa anda belum sampai ke Halkum anda...

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya."{HR Al-Tarmizi}


Baca sorg2 je?sharela nan kawan2 ^_^

2 comments:

  1. huhu , alhamdulillah Allah beri aku ptunjuk na bukak neh . sbb aku tertanye-2 slame neh ttg prsoalan ni . huhu . yea Allah maha pengampun lgi maha penyayang . (:
    bersyukurla kite jadi umat islam .

    ReplyDelete
  2. sweat !
    ya Allah . ampunilah dosa ku .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...